wahai diri, kelalaian, kemaksiatan, dan dosa itu sedikit demi sedikit membentuk hatimu menjadi keras dan gelap hari demi hari, sepertinya keadaan air yang setitis demi setitis boleh membentuk batu. kelalaian yang meskipun nampak kecil, tapi jika dilakukan sedikit demi sedikit, hari demi hari, maka akhirnya jadilah hatimu seperti yang sekarang ini - gelap dan jauh dari Ilahi
begitulah juga yang mesti engkau lakukan sekiranya engkau mahu kembalikan hatimu kepada perasaan dulu. seharusnyalah engkau basuhi hatimu dengan amalan kebaikan, nasihat, ilmu, dan amal, walau nampak sedikit pada pandangan, yang penting berterusan hari demi hari sehingga hatimu kembali menjadi tunduk dan takut kepada Allah
wahai diri, demikianlah juga, kekallah menulis nasihat buat dirimu sendiri, meski syaitan selalu membisikkan padamu bahwa engkau seorang yang berdosa, fasik, dan hipokrit kerana menulis perkara-perkara yang engkau sendiri langgar
No comments:
Post a Comment