Jun 20, 2014

duduk

"Pertembungan yang sentiasa berlaku di dalam jiwa manusia di antara iman dan hawa nafsu memerlukan seseorang manusia itu memiliki masa yang khusus dalam kehidupan sehariannya untuk bertafakur, berzikir dan saling menasihati bagi meneliti dan memastikan bahawa iman itu sentiasa mengatasi hawa nafsunya.
Hakikat inilah yang difahami oleh sahabat suatu masa dahulu ketikamana Muaz bin Jabal r.a telah berkata kepada para sahabat : "duduk sebentar bersama kami supaya kita beriman sejenak"

#‎iTarbiyyah‬"

wahai diri, benar kata-kata ini. telah hilang dari jadual harianmu yang perasan sibuk dari masa untuk duduk sejenak menghadap Tuhanmu. yang sebenarnya engkau telah dilalaikan dengan perkara yang sia-sia dan membuang masa.

wahai diri, dengarlah kata-kataku ini. tidak kira berapa banyak kerja yang engkau ada, betapa letih yang engkau rasa, betapa malasnya hatimu sekalipun, luangkanlah masa walau sejenak untuk duduk sebentar menghadap Tuhanmu.

duduklah sebentar.

No comments: