Jun 8, 2014

ilmu

wahai diri, jangan sesekali menghina kedudukan ilmu dengan mempelajarinya semata-mata kerana gelaran "doktor" atau "topstudent", atau kerana sijil, gred, markah dan sebagainya, atau kerana engkau ingin dipandang tinggi oleh orang lain samada gurumu atau rakanmu, atau lebih teruk lagi kerana engkau ingin mengalahkan dan memandang rendah orang lain.

jangan sesekali, kerana taraf ilmu itu jauh lebih mulia dari sekadar pulangan keduniaan

yang terlebih baik adalah engkau belajar dan menggunakan waktu siang dan malam demi untuk Allah dan mengharapkan ganjaran pahalanya, kerana saranan dari Nabimu untuk belajar, untuk membanggakan ibubapamu, untuk membolehkan engkau membantu orang lain, untuk mengajarkan ilmu kepada orang lain dan seterusnya untuk tujuan ilmu itu sendiri

No comments: