Jun 7, 2014

kalamullah

wahai diri, yang kita inginkan dari kalamullah bukanlah merupakan kuantiti, seperti menghabiskan seluruh bacaan dalam masa 3 hari, seminggu atau sebulan, akan tetapi yang kita harapkan dari bacaan kita adalah kualiti, yakni mempelajari dan mengambil pelajaran yang boleh meruntuhkan benteng-benteng kekerasan hati kita, seterusnya menjadikan hati kita bertambah tunduk akan Allah serta menambahkan cahaya di dalam hati kita dan mengubati penyakit-penyakit yang ada dalam hati.

akan tetapi ingatlah juga wahai diri, semua itu tidak akan dikecapi jika engkau tidak meluangkan masa untuk menyentuh, membaca dan menghayati kalamullah

No comments: