"Lelaki yang suka pandang perempuan adalah lelaki yang berpenyakit dalam hatinya. Perempuan yang suka biarkan lelaki pandang, juga perempuan yang berpenyakit dalam hatinya.
Penyakit itu menghakis iman merosakkan taqwa. Ia menyubur sikap "tak apa" terhadap suatu yang ditegah agama.
Agama suruh jangan pandang, jangan juga biar diri dipandang. Maruah harus terus dijaga, pintu fitnah harus ditutup serapatnya. Berikhtilat, wajib pelihara disiplinnya. Jangan sampai sikap "tak apa" membarah dalam jiwa..kerana pasti dan pasti ada musibah di hujungnya."

No comments:
Post a Comment