Aug 4, 2014

hafal

#cp dari sini

Gua akui bila dah makin tua ni otak jadi makin slow. Tambah-tambah dosa pun makin banyak. Jadi nak hafal hadis/ayat Quran susah giler sekali. Di bawah ada sedikit tips untuk kita menghafal moga bermanfaat.

1) Seorang bertanya kpd Imam Malik "Amalan apa yg dapat menguatkan hafalan?" Beliau menjawab, "Jika ada amalan yg dpt menguatkan hafalan, maka amalan itu ialah meninggalkan maksiat"

2) Imam As Syafie berkata "Sesiapa yg kenyang dgn makanan, ia akan banyak minum, lalu byk tidur, lalu byk menyesal (kerana telah membazir masa)
So kurang makan dan tidur

3) Cinta dan ulang juta-juta kali
Abu Ishaq berkata " Aku selalu membaca pelajaranku 1000x agar benar-benar menghafalnya"
1000x bro jgn main-main

4) Masa yang sesuai
Berkata Ismail Abi Uwais
"Jika engkau hendak menghafal sesuatu maka tidurlah, lalu bangunlah sebelum subuh. Buka lampu lalu bacalah. InshaAllah kau tak kan lupa selepas tu'

5) Share ilmu
Ibrahim an Nakha'i berkata Siapa yg ingin menghafal hadis, maka sampaikanlah hadis itu.

6) Kesungguhan
Selamat beramal 

No comments: