wahai diri, engkau tidak akan berjaya untuk menghalang dirimu dari terus melakukan maksiat atau perkara yang sia-sia sekiranya engkau hanya bergantung pada dirimu. akan tetapi, mohonlah setiap kali selepas solat dari Allah agar dipelihara dirimu dari terus melakukan maksiat
dan engkau tidak akan berjaya dan terlepas dari genggaman nafsu dan syaitan selagimana engkau tidak berusaha semampu mungkin untuk meninggalkan segala jenis maksiat
"ya Allah, sesungguhnya aku ini hamba yang sangat lemah dan hina selalu ingin melakukan maksiat kepadamu dan selalu pula kalah dengan nafsuku. ya Allah aku ini hamba yang berdosa dan tidak layak mendapat syurgaMu dengan maksiat-maksiat yang telah ku lakukan yang Engkau mengetahuinya. ya Allah Engkau Maha Pengampun maka ampunkanlah diriku dari segala maksiat yang telah ku lakukan serta peliharalah diriku ya Allah dari terus melakukan maksiat di masa hadapan.
peliharalah diriku ya Allah"
No comments:
Post a Comment