wahai diri, hendaklah engkau sentiasa ingat akan bahawa kelaparan itu adalah kelazatan bagi penuntut ilmu, dan kekenyangan itu adalah penderitaan pula bagi penuntut ilmu.
seharusnyalah engkau membiasakan dirimu untuk berlapar dan membiasakan dirimu dengan makanan yang sedikit agar :-
dapat engkau melatih nafsumu untuk tunduk padamu dan bukan engkau yang tunduk pada nafsumu,
dapat memudahkan engkau menghafal pelajaran,
dapat memudahkan engkau untuk bangun malam,
dapat membersihkan hatimu dan badanmu dari kekotoran,
dapat menghilangkan mengantuk dari matamu,
dapat meringankan tubuhmu untuk beribadah,
dan bermacam-macam lagi faedah dari kelaparan yang para ulama sebutkan di dalam tulisan-tulisan mereka.
yang kedua pula wahai diriku, mestilah engkau sentiasa ingat akan bahawa kekenyangan perut itu akan sentiasa membawa kepada penyesalan, penderitaan dan kesukaran buatmu. maka seribu nasihat pun yang aku berikan tidak akan berguna jikalau engkau tetap juga dengan tabiatmu suka memenuhkan perutmu.
cuma nasihatku wahai diri, latihlah dirimu untuk kurangkan makan sekurang-kurangnya.
No comments:
Post a Comment