assalamualaikum, dengarlah pesanan buat diri mu ini yang ditujukan oleh saki baki iman dalam dirimu sendiri.
wahai diri, dengan saki-baki iman yang ada dalam hatimu, hendaklah engkau berusaha sedaya upaya untuk tidak mengganggu hati dan perasaan seorang anak dara tanpa engkau mempunyai tujuan yang ikhlas untuk memperisterikannya.
jagalah. tahanlah tanganmu. istighfarlah. berusahalah sedaya upaya agar tidak dibuka pintu untuk syaitan dan nafsu menggodamu.
sungguh, sebaik saja engkau membuka jalan untuk penzinaan, maka mereka (syaitan dan nafsu) akan cepat dan mudah saja menguasaimu.
wahai diri, adapun zina itu berperingkat
bermula dengan pandangan
kemudian senyuman
kemudian berkenalan
kemudian bertemu
kemudian bersentuhan
dan akhir sekali zina sebagaimana yang engkau ketahui
wahai diri, dengarlah dan ingatlah, bahawa lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan lelaki yang suka mengganggu anak dara orang (mesej, chatting, dan sebagainya), sedemikian pulalah perempuan yang akan dia temui
mahukah engkau?
berusahalah untuk menjadi lelaki yang menjaga diri khas untuk isterinya sahaja
No comments:
Post a Comment