Dec 5, 2014

iman

wahai diri, antara perkara asas yang telah engkau lupakan adalah bahawa hari-harimu bergantung kepada keadaan imanmu.

ya, iman.

iman meningkat dan menurun, dan seharusnyalah engkau perhatikan selalu bagaimana keadaan imanmu (dengan cara memerhatikan bagaimana engkau menggunakan masamu)

adapun, perkara-perkara yang dapat meningkatkan iman itu banyak, akan tetapi perkara-perkara yang melemahkan iman itu jauh lebih banyak.

penglihatan, pendengaran, sentuhan, apa yang engkau makan, apa yang engkau lihat, apa yang engkau baca, apa yang engkau dengar, apa yang engkau sebutkan, semuanya akan sentiasa mempengaruhi imanmu.

oleh kerna itu hendaklah engkau sentiasa sibukkan dirimu dengan perkara-perkara yang bermanfaat, agar engkau tidak disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat yang tanpa engkau sedari akan melemahkan imanmu.

sentiasa membaca benda-benda yang berfaedah
banyakkan mendengar perkara-perkara yang berfaedah
selalu menyebut benda-benda yang berfaedah
perbanyakkan melihat perkara-perkara yang berfaedah

jangan engkau beri peluang kepada perkara yang nampak biasa tapi akan melemahkan imanmu. bukankah engkau mahu menjadi Muslim yang baik? maka elakkanlah perkara-perkara yang 'biasa'

movie, anime, manga, gaming
lagu-lagu yang tidak bermanfaat
tulisan-tulisan yang mengarut
tidur berlebihan
dan lain2

paling mudah....sentiasa sibukkan diri engkau dengan membaca perkara-perkara yang bermanfaat bagi engkau

No comments: