Jan 4, 2015

random

1. Nabi dalam apa jua keadaan duduk, berdiri, baring, berjalan dan lain2 mulut Baginda tidak berhenti dari menyebut nama Allah. hendaklah aku juga melatih diri untuk memperbanyakkan menyebut nama Allah, ketika diam dan ketika bercakap.

2. semoga Allah menjauhkan aku dari perasaan riyak, takbur, merasa diri baik dari orang lain dan yang seumpamanya. hinalah aku kalau begitu. hendaklah aku memperbanyakkan istighfar serta merendahkan diri serta mengingati bahawa dosa-dosa aku terlampau banyak dan amalan-amalan aku terlampau sedikit jika dibandingkan dengan siapapun.

3. walau macamana sekalipun keadaan jangan sampai tinggal 3 perkara yakni solat berjemaah atau solat awal waktu, membaca Quran tak kurang dari sejuzuk sehari, dan duduk di majlis alim ulama

4. walaupun aku terasa menyesal aku menyedarinya agak lambat, namun aku mulai sedar tiada perasaan yang lebih tenang, atau best, atau kemanisan yang lebih manis dari manisnya madu (taktau nak describe rasa camna exactly) selain perasaan dapat duduk depan ulama, dapat duduk dalam majlis ilmu yang terdapat didalamnya para malaikatul karim, dapat duduk di suatu majlis yang diturunkan keberkatan daripada Allah, dapat duduk dalam suatu majlis mempelajari tentang diri kekasih yang dicintai Baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau hadis-hadis Baginda. insyallah selepas ini akan ku buru lebih banyak lagi taman-taman syurga di mana ada. insyallah.

5. semoga Allah mempermudahkan aku juga untuk bernikah untuk mengelakkan diri dari maksiat serta melawan keinginan nafsu yang jahat. adapun preparation must always keep going.

No comments: