Mar 16, 2016

puasa

Tujuan utama umat Islam berpuasa bukannya untuk menguruskan badan atau berdiet. Sebaliknya tujuan utamanya adalah untuk membangunkan takwa sebagaimana yang difirmankan Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183. Sahabat Abdullah ibn Masud mengatakan bahawa takwa yang sebenarnya ialah, ‘kamu taat dan tidak maksiat, kamu ingat dan tidak lupa serta kamu bersyukur dan tidak kufur’.


Dalam hal ini Imam Ibn Kathir berkata dalamTafsir al-Quran al-Azim “Ketakwaan dapat dicapai kerana puasa menyucikan diri dengan menyempitkan jalan syaitan sesuai dengan hadis yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim bahawa Nabi bersabda, ‘Wahai pemuda barang siapa antara kamu sudah mampu untuk bernikah maka hendaklah dia bernikah. Sesiapa yang belum mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu pengawal nafsu’.”

full article

No comments: