wahai diri,
bagaimana dengan solat fardumu sekarang? adakah masih di awal waktu atau engkau sengaja melewat-lewatkannya? adakah dengan berjemaah di surau atau di bilik sahaja?
bagaimana pula dengan bacaan quran harianmu? adakah masih berjalan tidak kurang sejuzuk sehari atau seminggu sekali pun belum tentu buka? bagaimana pula dengan rasa cinta dan rindumu untuk membaca quran, adakah masih ada atau telah lenyap sama sekali sehinggakan membaca quran itu terasa seperti bebanan bagimu dan membuang masamu?
bagaimana pula dengan solat malammu? adakah engkau masih melakukannya atau adakah engkau sendiri sudah lupa bila kali terakhir engkau melakukannya?
fikirlah wahai diri apakah yang sebenarnya tujuanmu diciptakan di dunia ini?
fikirlah wahai diri siapakah yang terlebih patutnya untuk engkau sentiasa cintai dan rindui?
fikirlah sendiri
No comments:
Post a Comment