wahai diri, beberapa nasihat untukmu
1. akidah seseorang itu diuji dengan betapa yakinnya dia dengan Allah ketika ditimpa kesusahan. latihlah dirimu sehingga timbul sifat maiyyatullah (Allah sentiasa bersama dengan engkau) pada setiap masa, susah atau senang
2. cara syaitan menyesatkan seorang hamba itu ada dua, yakni menjadikan dia malas belajar ilmu agama sehingga dia melakukan ibadah dalam keadaan jahil dan sia-sia, dan yang kedua dengan menjadikan hamba tersebut malas beribadah. maka ubatnya adalah rajinkan diri duduk belajar ilmu agama dan juga rajinkan diri beribadah.
3. dalam sebuah hadis dari kitab hadis 40 akhir zaman ada disebutkan bahawa semakin mewah seseorang itu semakin sukar untuk dia beribadah kepada Allah
semoga kita tidak terlalu disibukkan dengan dunia sehingga luput masa kita dari solat berjemaah, membaca Quran dan duduk di majlis ilmu agama, amin.
No comments:
Post a Comment