Mar 2, 2016

Quran

repost #1

Seorang guru ditanya oleh muridnya, "Seberapa banyak saya harus membaca Al-Quran setiap hari " ? Dijawab oleh gurunya, " Sebesar keinginanmu untuk hidup bahagia "

repost #2

[Al Quran Memudahkan Yang Sukar]


Ibnu Rajab dalam kitabnya Dzail Tabaqah Al-Hanabilah,menukilkan wasiat Ibrahim bin Abd Waahid kepada Dhiyauddin Al-Maqdisi yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk pergi merantau mencari ilmu.

Ibrahim berkata, "Banyakkanlah membaca al-Quran dan jangan sesekali meninggalkannya kerana ia akan memudahkan engkau menuntut ilmu mengikut kadar bacaanmu."

Dhiyauddin pun berkata, "Aku pun menurutinya dan aku pun menguji (wasiat tersebut) beberapa kali dan aku dapati apabila aku banyak membaca al-Quran maka mudahlah bagiku mendengar dan menulis hadis. Jika aku tidak membaca al-Quran maka mendengar dan menulis hadis menjadi sukar."

No comments: