May 7, 2016

nota UKA 7/5/16

*diambil dari kuliah ust khairul amri, 7 may 2016, surau kolej 17

bagaimana menjadi seorang yang istiqamah solatnya, nak jadi rajin solat, nak perbaiki kualiti solat (eg awal waktu, khusyuk) dll

ulama ajar perhati ayat pertama surah al-Isra'

(1) ...سبحان الذي (maha suci Allah...)

-kena banyakkan memuji Allah
-banyakkan bertasbih, bertahmid, bertakbir, dsbgnya

(2) ...سبحان الذي اسرى بعبده (maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya...)

-kena sedar hakikat bukan diri kita yang berjaya push diri sendiri untuk solat
-akan tetapi sebenarnya dengan kuasa Allah lah kita mampu untuk solat
-kena sedar takdak manusia yang mampu solat melainkan kekuatan datang direct daripada Allah

(3) ...سبحان الذي اسرى بعبده ليلا (maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam...)

-sapa yang suka solat pada waktu malam maka dia akan lebih tersentuh
-banyakkan sembahyang di waktu malam

(4) ...سبحان الذي اسرى بعبده ليلا من المسجد الحرام الى المسجد الاققصى (maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa...)

-sapa yang struggle untuk mengubah diri dia, dia kena banyak push diri dia duduk di rumah Allah
-paksa diri memperbanyakkan duduk di masjid atau surau
-sapa nak baiki diri, banyakkan duduk di rumah Allah

(5) Nabi sallallahualaihi wasallam dibelah dadanya dan dibersihkan hatinya dengan air zamzam

-nak rajin solat, kena ada proses pembersihan hati
-ulama kata barangsiapa yang nak melihat kebesaran Allah dia mestilah mempunyai hati yang bersih
-siapa yang tak mampu melihat hikmah disebalik ujian/musibah, tandanya dia ada masalah hati
-cara membersihkan hati? → rajin baca Quran, zikir, pemaaf, bersyukur, bersabar, redha, baik dengan orang lain, simpati dengan orang susah, dan sebagainya

(6) tengok pada kalimah azan 

حي على الصلاة → jawabnya لا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

-tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah
-refer point no (2)

(7) last sekali, tiap kali nak solat, kena datangkan perasaan dalam diri kita sebagai hamba Allah. rasa kita nie hina di hadapan Allah



lain2 point yang aku dapat dari kuliah ust khairul amri

-antara hikmah Allah letak banyak jenis perayaan dalam Islam tiap tahun adalah supaya hambaNya dapat lebih banyak beribadah. analoginya contoh macam promosi akhir tahun, jualan mega sale dsbg, sama macam puasa 6 di syawal dapat pahala puasa setahun, solat sunat di Ramadhan dapat pahala solat wajib di bulan lain, dan lain2

-2 ilmu yang hilang di akhir zaman : khusyuk dalam solat, ilmu faraid (orang2 tak lagi mengamalkan faraid dalam peninggalan harta)

-kenapa Nabi singgah Aqsa sebelum naik ke Sidratul Muntaha? (kenapa tak terus naik ke SM dari Masjidil Haram?) → strategi dari Allah nak bagi nampak perkara nie sesuatu yang benar2 berlaku dan melawan kata2 orang Mekah yang Nabi dah gila. buktinya Nabi boleh describe sebijik rupa Masjidil Aqsa 

-kata ulama' : antara tanda seseorang tu wali Allah adalah dia diuji dengan isteri yang cerewet, isteri yang suka membebel, marah2 suami dan sebagainya tapi dia tetap bersabar, jaga agama dia dan tetap mendoakan isterinya jadi isteri yang solehah



No comments: